Struktur Tadbir Urus

Status pelaksanaan perakaunan akruan adalah dipantau oleh satu jawatankuasa induk iaitu Jawatankuasa Pemandu (JKP) SAGA yang dipengerusikan oleh Akauntan Negara Malaysia (ANM).

 

JKP turut disokong oleh tiga jawatankuasa iaitu -

1.Jawatankuasa Teknikal SAGA

2.Jawatankuasa Pembangunan iSPEKS

3.Jawatankuasa Kerja

 

Di peringkat Kerajaan Negeri, keberkesanan dan kemampanan pelaksanaan perakaunan akruan disokong oleh Jawatankuasa Pelaksana iSPEKS Negeri yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri dan disokong oleh Pasukan Petugas iSPEKS Negeri bagi memastikan pelaksanaan perakaunan akruan dilaksanakan mengikut perancangan.