Reversal and Reclassification (R&R)

 

Reversal and Reclassification (R&R)

Konsep Reversal and Reclassification (R&R)  Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) merupakan satu konsep pembalikan dan pengkelasan yang terhasil dari cetusan idea inovasi pegawai Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Konsep R&R dibangunkan untuk kegunaan 11 buah Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia.

 

Konsep R&R adalah merupakan konsep 2 in 1.Kenapa 2 in 1? Ini adalah kerana konsep ini mampu menjana dual pelaporan dan penyata kewangan berasaskan perakaunan tunai ubah suai dan juga akruan secara automatik dan serentak melalui satu sistem yang sama.

 

Kehebatan dan keunikan konsep R&R dibuktikan dengan ciri-ciri inovasi berikut:

 

a.           1st in The World

 Konsep R&R ini merupakan 1st in the World yang BERJAYA mengeluarkan dual pelaporan dan penyata kewangan (tunai ubah suai dan akruan) melalui sistem yang sama secara automatik dan serentak. Kajian telah dilaksanakan oleh pihak konsultan luar yang membuktikan bahawa Malaysia (Kerajaan Negeri) merupakan kerajaan yang pertama di dunia yang mengguna konsep R&R ini. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri khususnya dan Malaysia amnya telah menjadi penanda aras kepada agensi kerajaan di dunia malah sektor awam. Hebatnya Negaraku Malaysia .

   b.    2 in 1

 Keunikan konsep R&R adalah ianya dapat mengeluarkan dual pelaporan dan penyata kewangan tunai ubah suai dan akruan (2 in 1)  secara automatik dengan single point entry. Dual pelaporan dan penyata kewangan ini dapat membantu kerajaan membuat keputusan yang lebih tepat untuk pembangunan negara.

  c.     Single Point Entry

Pendekatan single point entry dalam konsep R&R berjaya menghapuskan kerja berulang dan meminimumkan kesilapan mengunci masuk data. Pendekatan ini boleh meningkatkan produktiviti pegawai serta pelaporan dan penyata kewangan yang dikeluarkan adalah tepat dan berintegriti.

          d.   Data Berintegriti

 Konsep R&R menghasilkan data yang berintegriti kerana dual pelaporan dan penyata kewangan dijana secara automatik tanpa melibatkan human intervention. Ini dapat mengurangkan kesilapan kunci masuk data dan meminimakan trivial error (kesilapan remeh).

Laporan yang dijana daripada penggunaan konsep R&R dapat memberi gambaran kedudukan kewangan Kerajaan yang lebih menyeluruh dan tepat. Di samping itu, dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan dalam pengurusan kewangan dan akaun.

 

e. GL 2 Financial Statement  

Pendekatan 1 General Ledger 2 Financial Statement ini dapat menjimatkan penggunaan kapasiti server sistem. Dengan penjimatan kapasiti ini sistem dapat beroperasi dengan lebih lancar serta meminimakan pertindihan (redundancydata di dalam sistem.

 

          f.    Audit Log Menyeluruh (All transaction in 1 audit log)

 

Laporan Audit Log merekodkan semua accounting treatment bagi transaksi akruan dan tunai. Ini dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan dalam pengurusan kewangan dan akaun.

 

          g.   3E (efektif, efisyen, ekonomi)

 

Konsep R&R berjaya mengetengahkan 3 elemen penting seperti berikut:

 

1.           eFEKTIF - Kerja pegawai lebih efektif kerana tidak perlu membuat kerja yang berulang untuk mengeluarkan pelaporan dan penyata kewangan tunai ubah suai.

 

2.            eFISYEN – dapat meningkatkan produktiviti pegawai kerana kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tepat.

 

3.            eKONOMI – banyak penjimatan kos berjaya dilakukan dengan adanya konsep R&R ini. Penjimatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat demi Negaraku Malaysia.