Pengenalan

Pengurusan Perubahan

 

Pengurusan perubahan merupakan antara cabaran yang paling kritikal dalam migrasi ke arah perakaunan akruan ini. Ia merangkumi perubahan menyuluh melibatkan perubahan operasi, teknologi, sikap, pengetahuan serta kemahiran penjawat awam.

 

Komitmen Pegawai Kewangan Negeri dan pengurusan tertinggi  yang merupakan kepimpinan utama menerajui pengurusan perubahan di Negeri masing-masing di samping  kesediaan penjawat awam di peringkat sokongan memahami peranan serta bersedia menghadapi perubahan ini  akan menjadi penentu  kepada kejayaan pelaksanaan projek iSPEKS pada tahun 2016.

 

Penubuhan Jawatankuasa di peringkat negeri iaitu Jawatankuasa Pelaksana iSPEKS Negeri  dan Pasukan Petugas iSPEKS diharapkan dapat menyelesaikan isu-isu operasi , teknikal dan isu berbangkit berkaitan pelaksanaan iSPEKS di negeri.